Kanak-kanak sememangnya dilahirkan dengan sifat semula jadi yang gemar meneroka, penuh dengan perasaan ingin tahu dan tenaga yang luar biasa. Namun begitu, mereka sering terdedah kepada bahaya yang tidak dapat dilihat seperti penyakit Pneumokokal. Penyakit ini boleh merebak melalui batuk, bersin atau duduk berdekatan dengan orang yang dijangkiti.¹ Apabila berada di taska atau bermain di luar, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti.
Bagi ibu bapa, rawatan berterusan dan kemasukan ke hospital mengakibatkan banyak masa yang terpaksa dikorbankan, hilang pendapatan kerana perlu kerap mengambil cuti serta tekanan dan kerisauan yang perlu dihadapi untuk merawat anak yang sakit. Namun semua ini boleh dielakkan.
Pencegahan penyakit pneumokokal kini lebih mudah dan percuma melalui pemberian vaksin pneumokokal yang telah menjadi sebahagian daripada Program Imunisasi Kebangsaan.
Pemberian vaksin pneumokokal konjugat di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia telah dilaksanakan oleh KKM sejak tahun 2020.
PP-PRV-MYS-0353-23NOV23
References
1. CDC.gov – Pneumococcal Disease: Risk Factors & How It Spreads https://www.cdc.gov/pneumococcal/about/risk-transmission.html Last accessed: 5 Oct 2023
2. Arushothy R, Ahmad N, Amran F, Hashim R, Samsudin N, Azih CRC. Pneumococcal serotype distribution and antibiotic susceptibility in Malaysia: A four-year study (2014-2017) on invasive paediatric isolates. Last
accessed: 14 March 2022. Retrieved from: https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/30572022/
3. MOH: Ministry of Health Malaysia. National Immunisation Programme. Free pneumococcal vaccination programme extended to those born between 2018 and 2019. Last accessed: 7 June 2023. Retrieved from:
https://mma.org.my/web/wp-content/uploads/20230601104919082-1.pdf
4. Gregory J, Chohrach N, Iyengar D (August 29, 2022) Invasive Pneumococcal Disease Secondary to Acute Otitis Media in a High-Risk Patient: A Case Report and Review of Recent Changes to Pneumococcal Immunization Guidelines. Cureus 14(8): e28557. doi:10.7759/cureus.28557