

MAKLUMAT LANJUT TENTANG RSV DAN RISIKONYA KEPADA BAYI
Sama anda mempunyai seorang bayi, sedang hamil, atau merancang untuk mempunyai bayi, kami telah menyediakan maklumat untuk membantu anda melindungi mereka daripada RSV. Sila rujuk dengan pakar obstetrik-ginekologi (OB-GYN) anda mengenai RSV.

APAKAH ITU RSV?
RSV merupakan virus respiratori yang sangat mudah berjangkit dan boleh menyebabkan bayi jatuh sakit atau memerlukan rawatan hospital, terutamanya bayi di bawah usia 6 bulan. Antara gejalanya adalah keresahan, kekurangan pergerakan atau kurang makan, serta jeda di dalam pernafasan.1

BAGAIMANA RSV MEREBAK?
RSV boleh merebak melalui udara atau sentuhan permukaan yang tercemar. Apabila seseorang yang dijangkiti RSV batuk atau bersin, mereka mengeluarkan titisan. Orang lain, termasuk bayi, boleh dijangkiti melalui mata, hidung, atau mulut mereka.2

RISIKO RSV BERMULA DARI LAHIR
Dari saat kelahiran, bayi menghadapi risiko jangkitan RSV.1
Bahkan, risiko ini bermula sebelum mereka meninggalkan hospital kerana RSV sangat berjangkit.3
AMARAN: RSV BOLEH MENGAKIBATKAN HOSPITALISASI1
BAYI BERADA DALAM KEADAAN PALING TERDEDAH KEPADA PENYAKIT DALAM 6 BULAN PERTAMA MEREKA1
Sistem imun bayi tidak matang dan memerlukan masa untuk menjadi lebih kuat.4
RSV boleh menyebabkan ruang udara di paru-paru runtuh, yang membawa kepada masalah pernafasan yang lebih serius seperti batuk teruk, berdehit, kesukaran bernafas, atau pneumonia.1,5

75%–80% bayi yang dimasukkan ke hospital akibat RSV adalah di bawah usia 6 bulan.6
Bayi juga mempunyai risiko tertinggi untuk memerlukan penjagaan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) atau penggunaan ventilator dalam 6 bulan pertama.7,8
RSV boleh menyebabkan ruang udara di paru-paru runtuh, yang membawa kepada masalah pernafasan yang lebih serius seperti batuk teruk, berdehit, kesukaran bernafas, atau pneumonia.1,5
RSV MUNGKIN PUNCA LEBIH BANYAK BAYI MASUK HOSPITAL BERBANDING SELESEMA
Dalam kajian data dari 1993 hingga 2008, pengkaji membuat perbandingan di antara kadar hospitalisasi RSV dan selesema bagi semua peringkat umur.9


Ketahui tentang RSV hari ini. Sila berunding dengan OB-GYN atau pakar penjagaan kesihatan anda.
TANDA-TANDA DAN GEJALA RSV PADA BAYI
MENGETAHUI GEJALA AWAL RSV BOLEH BANTU ANDA TENTUKAN JIKA BAYI ANDA PERLU DIBAWA KE HOSPITAL
Jika anda mendapati mana-mana gejala berikut1, sila dapatkan rawatan dengan segera:

Keresahan

Kurang bergerak atau makan

Jeda dalam pernafasan
Jika bayi anda dijangkiti RSV, ambil langkah untuk mengurangkan penyebarannya, terutamanya bagi melindungi individu berisiko tinggi lain di rumah seperti bayi lain dan warga emas.
Ketahui mengapa warga emasa hadapi risiko penyakit disebabkan RSV
BERSEDIA MENGHADAPI RSV
LINDUNGI BAYI DARIPADA RSV DALAM FASA KEHIDUPAN KRITIKAL MEREKA.
Mencuci tangan, mengelakkan hubungan rapat dengan individu yang sakit, dan membersihkan permukaan boleh membantu menghentikan penyebaran RSV kepada bayi.10 Namun, ada lebih banyak langkah lain yang boleh anda ambil.
Sila berunding dengan pakar obstetrik-ginekologi (OB-GYN) atau penyedia penjagaan kesihatan lain tentang RSV.

AWAS: WARGA EMAS JUGA BERISIKO UNTUK JATUH SAKIT DISEBABKAN RSV.
Ketahui bagaimana untuk melindungi mereka.
Dapatkan nasihat daripada profesional penjagaan kesihatan sekiranya anda atau anak anda menunjukkan gejala yang boleh menandakan jangkitan RSV

